Tuesday, October 26, 2010 My Target




Canon 5D full set ngn film spek ni ha.. haha kerje keras siket dapat le nnt agrrr.. so segalanye bermula disini.. yohaaaa
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Sangat Sebuk

haha... dalam sem ni mmg mati blog aku nie.. nie bru nk update.. ni nk cite siket.. sem ni mmg agak singkat sgt aku rase.. byk keje nak buat.. sekarang ni aku bz dgan final projek walaupun minggu nie memang minggu untuk prsent tapi still ade lagi yg tak siap.. tapi tiggal project group je.. so aku kene siapkan dalam mase terdekat ni gak.. tapi ape yang penting cuti sem ni aku ade banyak plan nk buat.. jadi aku harap x de anasir buruk ganggu plan aku.. amin
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Wednesday, June 16, 2010 Misteri di sebalik trofi Piala Dunia

Trofi Piala Dunia itu menjelajah hampir seluruh dunia dalam usaha mempromosikan kejohanan itu dan ia akan membuat penampilan umum terakhir di Stadium Soccer City di Johannesburg yang boleh memuatkan 90,000 penonton bagi perlawanan pembukaan, Jumaat ini. Trofi itu kemudian akan dikunci dan disimpan dalam sebuah peti keselamatan hingga perlawanan akhir pada 11 Julai depan.

Pegawai keselamatan bersenjata menjaga trofi itu sepanjang promosi kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mahu memberikan gambaran bahawa trofi itu lebih berharga daripada nilai sebenarnya.

“Trofi ini unik, ia tidak ternilai,” kata Setiausaha Agung Fifa, Jerome Valcke. “Sesetengah berkata ia sama nilainya dengan lukisan Mona Lisa dan saya fikir ia benar.”

Namun, ramai percaya trofi Piala Dunia yang dibawa menjelajah ke seluruh dunia itu sebenarnya sekadar replika bersalut emas dan Fifa menjelaskan replika itu memang wujud.Malah, sepanjang 80 tahun sejarah Piala Dunia, trofi itu menjadi satu masalah.
Trofi asli berjaya disorokkan daripada Mussolini dan tentera bersekutu Nazi ketika Perang Dunia Kedua dengan diletakkan di bawah sebuah katil di Itali, tapi trofi itu kemudian dicuri di England sebelum dijumpai seekor anjing, hanya untuk dicuri semula di Brazil dan mungkin dicairkan bagi mendapat kandungan emasnya.

Cerita pelik ini bermula dengan pemahat Perancis, Abel Lafleur, yang mereka bentuk trofi asal untuk Fifa tepat pada masanya sebelum Piala Dunia pertama di Uruguay pada 1930. Trofi itu dinamakan sempena nama bekas Presiden Fifa, Jules Rimet.

Rekaan Lafleur adalah patung menakjubkan setinggi 14 inci yang memaparkan tuhan Greek, Nike yang menjulang trofi berbentuk oktagon di atas tapak berwarna biru.
Ia dibawa ke Montevideo menaiki kapal terbang penumpang Itali. Trofi itu dianugerahkan setiap empat tahun sekali kepada pasukan juara dan ia akan terus menjadi milik mana-mana pasukan yang menjuarainya tiga kali.

Uruguay memenangi kejohanan sulung itu diikuti Itali yang menang di gelanggang sendiri pada 1934 dan sekali lagi di Perancis pada 1938.
Peperangan yang tercetus pada 1939 menghadirkan kebimbangan tentera Nazi cuba untuk memilikinya.Masalah itu diselesaikan dengan cara pelik oleh seorang Naib Presiden Fifa dari Itali, Ottorino Barassi yang mengambil trofi itu dari sebuah bank di Rome dan menyimpannya dalam kotak kasut di bawah katilnya sepanjang tempoh perang.

Tiada ada yang mampu menyamai drama itu hingga 1966. Piala Dunia dilangsungkan di England pada musim panas itu dan trofi berkenaan dipamerkan di sebuah pameran setem di London pada Mac.Ia dijaga ketat pegawai keselamatan 24 jam sehari, tapi pencuri atau mungkin ramai pencuri berjaya memecah masuk ke bilik pameran itu dan mencurinya pada hari kedua ia dipamerkan.Pencarian pantas bermula diikuti dengan satu mesej diterima untuk mendapatkan wang tebusan sebelum pencuri piala itu ditangkap, tapi trofi tidak ditemui.

Bagaimanapun, seekor anjing kacukan mongrel berwarna hitam dan putih, bernama Pickles tampil sebagai penyelamat. Seminggu selepas kecurian itu, Pickles menjumpai sesuatu mencurigakan, dibungkus dengan surat khabar di bawah pokok renek di depan taman kediamannya di Norwood, selatan London. Dia membawa pemiliknya, David Corbett untuk melihat benda itu.“Saya fikir ia bom,” kata Corbett, mengimbau kenangan itu pada 2006, ulang tahun ke-40 penemuan Pickles. “Ada banyak tindakan IRA ketika itu. Malah apabila saya mula membuka kertas itu dan mendapati sebuah patung, tiada apa yang terlintas di fikiran saya.”Sebaik Scotland Yard mengesahkan trofi itu tulen, berita penemuannya disebarkan. Pickles pantas menjadi wira, gambarnya terpampang di surat khabar di seluruh dunia.Jadi, pada petang 30 Julai 1966, Ratu Elizabeth II menyerahkan trofi itu kepada ketua pasukan England, Bobby Moore di Stadium Wembley selepas England mengalahkan Jerman Barat pada perlawanan akhir.
Namun ada kisah di sebalik cerita itu.

Selepas kecurian itu dan sebelum trofi itu ditemui semula, Persatuan Bola Sepak England secara rahsia mengarahkan satu replika dibuat dan tidak memberitahu Fifa mengenai rancangannya itu.Seorang tukang emas, George Bird, membuat trofi replika itu dengan saduran gangsa.Jadi, selepas kemenangan England, polis yang bertindak dengan arahan, mengambil trofi asal daripada bilik persalinan England dan menggantikannya dengan replika itu dan selama empat tahun, ia diarak ke seluruh negara sebagai trofi tulen.

Pada 1970, Piala Dunia dilangsungkan di Mexico dan England terpaksa menyerahkan semula trofi itu supaya boleh diserahkan kepada juara berikutnya yang menyaksikan Brazil muncul juara. Sebagai juara tiga kali, Brazil dibenarkan untuk menyimpan trofi itu buat selama-lamanya.

Pada Disember 1983, pencuri memecah masuk ke ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Brazil di Rio de Janeiro dan mencuri trofi asal buatan Lafleur itu. Piala itu tidak dilihat langsung sejak itu dan dipercayai dicairkan.Namun 14 tahun kemudian, selepas Bird meninggal dunia, keluarganya melelong trofi ‘replika’ Piala Dunia. Fifa membayar AS$414,00 (RM1.37 juta) bagi mendapatkan trofi itu, hampir 10 kali ganda daripada harga lelongan.

Kenapa? Menurut berita Financial Times pada 2006, ‘Fifa sendiri tidak pasti sama ada trofi yang dilelong itu adalah piala emas sebenar atau sekadar replika gangsa.’
Trofi itu, sama ada tulen atau tidak, kini berada di Muzium Bola Sepak Kebangsaan di Preston, England.

Kini kita beralih kepada trofi Piala Dunia ‘baru’.Selepas trofi asal ditamatkan pada 1970, Fifa mengarahkan trofi baru dibuat bagi Piala Dunia 1974. Ia direka pereka Itali, Silvio Gazzaniga dan trofi emasnya itu juga kira-kira 14 inci tinggi dan berbentuk sebuah globe yang diletakkan di atas tangan.Tapi, Fifa yang mengambil iktibar daripada pengalaman lalu, mengubah peraturannya, jadi trofi baru itu tidak boleh dimiliki mana-mana pasukan secara kekal.Sebaliknya, setiap empat tahun, trofi baru Piala Dunia ‘asli’ akan dimiliki negara pemenang. Apabila trofi itu dikembalikan bagi kejohanan berikutnya, satu trofi replika akan diberikan kepada negara pemenang itu untuk disimpan.Bagaimanapun, amalan itu turut mencetuskan misteri.

Sejak 1974, sembilan pasukan dari lima negara memenangi Piala Dunia. Nelson Mandela juga dianugerahkan trofi replika Piala Dunia, Jadi, jelas sekurang-kurangnya ada 10 salinan asal trofi yang diperbuat oleh Gazzaniga.
Jadi, sebenarnya ada berapa banyak trofi itu? Fifa tidak mendedahkannya.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Saturday, June 5, 2010 Pemikiran Manusia Hari Ini

mindset orng kat dunie nie skrng semuenya dah berjaya dipengaruhi oleh 1 kuasa yg kite sendiri x sebar klu x teliti. sekarang nie 1 dunie tgh kecoh marah dendam dengan ape yg berlaku kat rombongan bantuan untuk gaza. tpi cube ingat dan fikir balik 1 or 2 bulan seblm kapal marmara diserang oleh tentera israel. adakah kite semua masih segar dgn berita tntang gaza diserang dngn kejam olh israel?? atau perasaan marah kite dulu 2 ilang terus?

sebab ape? bagi aku bile berhentinya media massa melaporkan keadaan umat islam kat sane maka kite pon lupalah semuenya.. kemudian kite dihidangkan dengan movie2 yg menarik.. rancangan2 menarik.. yg mampu membuat kite gambira.. suka..tertawa dan lupe segalanya.. jelas bahawa media massa punya peranan yg amat besar dalam mempengaruhi minda manusia..

persoalannya siapakah yang menguasai media sekarang ini??
adakah dikalangan orng islam sendiri?(pandai2 la korng fikir)
maka tidak hairan la bagi israel untuk melakukan segalanya yg mereka nk..
mereka tidak takut dengan kecaman kritikan tomahan yg diberi oleh manusia seluruh dunia. kerana bgi mereka manusia hari ini semue nye tidak kekal pemikirannya.. dan mampu dipengaruhi..

lihat la nanti apabila mulanya Piala Dunia yang akan tiba ini. media massa akan sibuk untuk melaporkan berita mengenai piala dunia dan manusia seluruh dunia akan mula berborak berbincang menganai piala dunia.. mula untuk mengatur jadual untuk menonton piala dunia dikaca tv.. mane yg mempunyai wang yg byk akan cuba untuk menyaksikan secara langsung di afrika. semuanya kelihatan riuh dan sibuk.

maka adakah lagi yang memikirkan tentang perkara yang telah berlalu sebelum itu??? (nasib rakyt gaza)
fikir2kan lah..apa2 pun aku harap Rachel Corrie yg dalam perjalan selamat sampai dgn bantuan yg dibawa.

Penduduk Seluruh Dunia Melakukan Protest keatas Israel
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Monday, February 8, 2010 Harap Terus Bersemangat

Semester ke 2 aku buat mase nie tak rase tertekan lagi. semuenya masih dalam kawalan.. aku harapkan sem 2 nie aku dapat baiki balik cgpa aku yang kurang baik ini. apa yang aku harapkan semangat nie terus la berterusan sampai aku capai target aku.. bukan ape aku sekarang dah cukop bahagia kat campus 2.. aku epy je dengan kawan2 aku yang sedia ada aku harap aku n kawan2 dapat kekal la kat situ.. sebab kalau xde kawan kurang la semangan nak belajar xkan nk masok kelas sorng2kan.. bosan klu masok kelas sorng x de kawan.. klu dulu aku pk masok kelas ade kawan aku akan jadi x fokus.. tpi lepas aku dh rase sendiri masok kelas x de kawan aku dalam kelas 2 baru aku terase bosan.. mcm orng x knl sape2 pon kat situ rase orng pandang aku semcm je.. so ape yang aku harap aku akan terus terus terus dangan aku (",)
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Wednesday, February 3, 2010 Kagum Dengan Kawan Serumah

haha hari nie lepas blik campus semuenye tido tah kenape semue penat.. lepas bape jam tdo aku bangun aku terus ke blik kawan aku syafik sambrono... aku masok blik die aku dgr lagu Hannah Montana die dgr lagu 2 sampai tertido lupenye.. aku memang tau die minat Hannah Montana. tapi aku igt die minat mcm 2 je skali aku tgk mlm 2.. die siap ade album Hannah Montana lagi 2 ori beb.. perh terbaik r.. mmg tul2 minat.. aku bkn ape.. jarang tgk dak laki mcm 2 punye minat.. biase mint lagu 2 downlod je.. ni siap beli CD ori lagi 2.. kire wat aku kagum gak la kan.. kawan serumah lak 2 hehehe...
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Thursday, January 21, 2010 Hari Yang Pentol

hari rabu biase aku cume ade 1 kelas je 2 pon 1 jam je.. tpi hari nie lain cume 30 mint je haha sbb datang lambat.. so lepas abis kelas aku syafiq n dhya jalan2.. syafik nk jmpe kawan die skali.. lokasi pertama, Bukit bintang jmpe kawan syafik kat situ.. lepas 2 berjalan ke low yat sbb dhya nk cari alat music idaman nye.. tpi x jmpe so kitorng ke TS kat sane2 jmpe dh ape dhya nk tgk.. best mcm2 jmpe.. syafik lak jmpe drum terbaik haha.. tgk je.. laps 2 jmpe lak kedai kemere.. so test2.. dh pnh blik... singgah makan cendol.. dh sampai rumah layan la dorng main2 kat taman mainan.. pentol tul


Digg it StumbleUpon del.icio.us

Wednesday, January 20, 2010 Math Again!!

taun nie aku jmpe lagi math hehe.. sebenarnya aku mmg suke math dari aku f5 lagi.. klu nk cite pasal sejarah math aku nie dulu mmg agk gile.. mule2 aku mmg x tau ape pon pasal math tpi disebabkan aku tul2 semangat nk study math nie aku dpt gak ilmu math huhu.. spm pon memuaskan hati aku.. tpi dh sampai kat U aku jadi lain lak.. mcm kurang minat.. kan dh jmpe lagi sem 2.. hehe.. tpi x pe.. x jadi masalah bgi aku.. skrng nie aku dalam kelas m.hatta.. dh 2 kelas aku masok.. aku rase die ajar ok..mudah untuk aku paham.. so x jadi masalah lagi wat mase nie. tpi lecturer sebelum nie ajar pon ok sgt2..cume aku main2 dlm kelas.. pastu x buat latihan kat ostel.. boleh ke mcm 2?? padan muke kan haha ... jadi untuk sem nie aku sekelas dgn kwn serumah aku.. so x la bosan sgt kat klas 2..sbb kat kelas 2 semua aku rase byk bdk2 junior ytg baru masok. tpi ape2 pon aku harap semuenye ok la ye sampai aku exm nnt.. hope math nie dpt la bantu aku untuk upkan CGPA aku untuk sem 2 nie.. bru la tenang roh aku hahaha
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Sunday, January 17, 2010 First Assignment

Assignment pertama untuk sem 2 nie dh pon dpt.. aku kene buat satu portfolio graphic untuk sabjuk graphic design.. aku ske gile ngn assignment nie.. sampai x sabar aku nk mulekan.. hari pertama aku usya2 kat intent just nk dpt kan idea mcm mane aku nk mulekan.. lepas nk usya sume aku dh mule dpt idea nk buat mcm mane... mlm 2 jgk aku ajk kawan serumah aku yg amik kos tu gak g mid velly.. tpi mlm 2 aku x bli ape pon.. just nk tgk2.. tpi walau mcm mane pon mlm 2 aku g MPH 2.. byk gak idea bertambah masok kat kepale nie... makin byk idea.. makin x tahan aku nk mule kan Assignment nie.. ke esokan harinye.. aku cadang nk g mid sorng2.. nk bli ape yg patot.. tpi dak2 kat umh aku nie ajak mandi pool.. so aku pon 2ka plan.. join la dorng.. esk pagi je g... keesokan harinye pagi2 aku dh kejutkan dyha n syafik untuk teman aku g the curve nk tgk2 kedai buku kat sane. sbb kate dyha kat sane ade kedai buku besar.. tpi dh sampai aku rase x besar mane pon.. dh sampai sane lepar.. so kitong makan dulu la.. perh x tahan.. syafik kene rm14... myb sbb die amik sotong besar kot.. aku amik ayam cume kene rm5.80 je hehe... so kitng pon jalan kat sane.. terjmpe lak baju... haha ni dh cite len dh nie.. ok2.. sambung.. dh agk lame kat sane aku rase x jmpe lagi ape yg aku nk.. last2 g gak mid.. cari barang yg aku dh tgk.. so aku pon bli bahan2 yg aku perlukan untuk mulekan Assignment tu.. sampai rumah aku mulekan mane yg bole.. hope dpt la siap kan dlm mase yg singkat dh memuaskan.. sbb klu bole x nk bz2 sgt wat nie n ganggu stdy yg lain.. so nantikan hasilnye ye... cayoooo
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Friday, December 4, 2009 Bosan Cuti Stay Kat Rumah

Kebiasaanye klu cuti2 mcm nie aku mmg bosan siket sbb biase aku akan stay kat rumah je cz family aku mmg x ske g bercuti ske duduk rumah.. ape kes?? haha ayah aku pon bz ngn keje je.. so duduk rumah je la kan.. tpi x boring sgt la sbb sepupu aku dari johor ade dtng umh aku cuti2 sek nie kan so stay la kat umh.. 2 pon aku bosan gak.. jadi untuk abis kan cuti nie aku bli DVD game.. dok je dlm blik abis kan game nie... wat mase nie game yg dh abis main modern warfare 2.. and skrng nie tgh nk abis prototype lak.. so aku rase nie je la kot aktiviti aku untuk cuti nie..
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Friday, November 20, 2009 Road Tax & Insurance Baru hehe....


Tengah hari tdi ayah suruh amik roadtax kete kat offce die so skrng roadtax kete dh renew jadi x yah risau2 lagi ade roadblock huhu..
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Tuesday, November 17, 2009 Manarik Kat UniKL City Campus

Ape yang manarik kat unikl ni adalah pc yg digunekan untuk sabjek graphic huhu gune iMac tuu mmg best and sesuai la untuk study graphic huhu.. untuk budak2 kat luar sane tu klu nk cube iMac masok la UniKL ye haha promot siket niway aku harap dgn ade nye bnde manarik ni dpt la tarik minat student tuk study betul betul kan kan kan haha termasok aku.. ckp orng je..lebih bla bla bla.. tak tau nak taip ape dah nie haha
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Monday, November 9, 2009 Mahluk ape kah ini?


pelik aku seketika bile aku blik dari keluar jmpe kawan tdi aku terpijak objek anih kat blik aku.. seblum nie mmg x pnh nmpk.. bile aku tnye mak aku die kate 2 ank buah aku punye mainan umm.. gile bile aku igt2 blik mase kecit mainan aku x de la anih mcm 2.. maju betul dunie sekarang mainan kanak2 mcm x cukup sipat je haha.. tpi nampk cute lak.. akan ku simpan hahaa
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Yeah Next sem study Graphic Design

yeee next sem aku ade subjek Graphic Design, tpi masih basic lagi la walau pape pon ok la ni salah satu subjek yg aku minat tpi rasenye subjek berkaitan graphic nie mmg disukai oleh remaja skrng nie..umm wat mase nie klu nk cube edit gamba or wat graphic siket tu bole la tpi x de la dasyat mane.. masih perlu byk lagi skil untuk hebat.. ceh wah jadi.. kan kan.. myb aku cube buat yg terbaik untuk sabjek nie.. harap ape yg aku ckp nie nyate la k
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Pejam Celik Pejam Tak Celik Celik

Huhu.. Sem 1 dah nak abis, rase mcm kejap je mase ni jalan tpi walau pape pon gembire gile dpt kawan kat unikl nie huhu.. sume kepale gile2. bile ingat balik dari mule masok unikl nie aku rase mcm boring je.. bile dh lame sikat kat sini aku rase gile lak haha..dalam sem 1 ni ade jugak bende2 yg menyakitkan hati n bast tpi 2 sume pengajaran bgi aku untuk lalui sem sem akan dtng..dari segi study mmg x nafikan mmg ade sabjek yg agak aku x leh bawak tpi xpe aku cube jgk klu x dpt buat sem nie aku cube sem dpn.. maklum la aku bru je nk belajar ikot sem2 nie dulu study x mcm nie jadi pengalaman kat sem1 ni byk la gak pengajaran yg bole digune hehe.. sem dpn ade lak junior.. rase kan korng mcm mane aku rase nnt hehe niway sem 1 adalah yang terbaik buat mase ni hehe
Digg it StumbleUpon del.icio.us